Khamis, 8 Mei 2014

Penghargaan kepada Dr Dahlia binti Janan




Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin restunya kami pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berjaya menyiapkap tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki.  Di kesempatan ini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Dahlia binti Janan pensyarah kursus BMK3033 Keterampilan Membaca, Fakulti Bahasa dan Komunikasi kerana telah membimbing kami menyiapkan tugasan  blog ini supaya lebih mengenali dan berpengetahuan menggunakan blog ini. Beliau merupakan sumber inspirasi kami bagi menyiapkan tugasan blog. Akhir sekali, alhamdulillah kerana kami berjaya bekerjasama seperti peribahasa Melayu "berat sama dipikul ringan sama dijinjing". Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu bagi menyiapkan tugasan blog.  Semoga Allah SWT merahmati kamu semua.



                                             Dr Dahlia binti Janan



Khamis, 1 Mei 2014

1-DEFINISI MEMBACA

Membaca adalah suatu proses yang kompleks dan rumit. Kompleks merujuk kepada satu proses membaca yang melibatkan pelbagai faktor seperti faktor dalaman dan faktor luaran pembaca.  Faktor dalaman seperti kepintaran, minat, sikap, bakat, motivasi, tujuan membaca, dan lain sebagainya.  faktor luaran pula adalah seperti latar belakang sosial dan ekonomi dan tradisi membaca. Definisi rumit merujuk kepada faktor luaran dan dalaman saling berhubungan membentuk koordinasi yang rumit untuk menunjang pemahaman bacaan (Nurhadi, 2008).   Menurut Samsu Somadayo (2011) menyatakan definisi membaca adalah suatu kegiatan interaktif untuk memahami makna yang terkandung  di dalam bahan bacaan. 

Manakala menurut Henry Guntur Tarigan (1985) menjelaskan bahawa membaca adalah memahami pola-pola bahasa dari gambaran tulisannya.  Harris dan Sipay (1980) memberikan definisi membaca menegaskan keperluan seseorang itu perlu mahir atau dapat membaca lambang-lambang bercetak bagi memberikan makna terhadap lambang yang dibacanya. Hal ini bagi mengukur keupayaan seseorang, sama ada dia “celik huruf” atau “buta huruf”. Selain itu, seseorang yang dapat membaca ialah orang yang dapat membezakan antara lambang yang bertulis dalam sesuatu bentuk tulisan tertentu dan lambang yang bukan bertulis, iaitu dalam bentuk lukisan bagi mengungkap sesuatu objek atau konsep tertentu.  Namun demikian, banyak tulisan yang terdapat di dunia ini adalah merupakan lambang lukisan yang dipermudahkan. 
Definisi membaca juga merupakan satu proses komunikasi antara pembaca dan penulis. Proses ini melibatkan kefahaman yang dimaksudkan ialah keupayaan membuat tanggapan terhadap apa yang ingin dimaksudkan oleh penulis.  Safiah Othman (1991) menyatakan selagi seseorang tidak memahami apa yang dibaca maka dia belum membaca, iaitu seseorang yang membaca akan memahami makna terhadap bahan bacaan. 


2-TEORI MEMBACA


Terdapat pelbagai teori yang telah ditemui pada sekitar awal abad yang ke-20, khususnya dalam bidang pendidikan yang berkaitan membaca dan proses menguasai maklumat.  Terdapat tiga teori utama dalam proses membaca iaitu:
i.                    Teori psikologi
ii.                  Teori Kognitif
iii.                Teori Linguistik

i. Teori Psikologi
Teori psikologi menggunakan model behavioris dalam proses membaca.  Model semua pembelajaran yang melibatkan proses pembentukan tabiat atau kebiasaan melalui hubungan antara rangsangan dan tindak balas.  Model ini diaplikasikan untuk proses membaca.  Bagi menguasai kemahiran membaca, manusia perlu berlatih mengecam huruf kemudian diikuti mengecam perkataan.  Selain itu, model ini juga memudahkan seseorang mendapat makna daripada perkataan dan ayat untuk menguasai kemahiran membaca.  Dari segi tingkah laku, kemahiran membaca akan bertambah baik jika dilakukan secara berulang-ulang.

ii. Teori kognitif
Teori kognitif merupakan suatu pengumpulan, memproses serta menggunakan maklumat tetapi bukan hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan sahaja.  Tokoh dalam teori kognitif menganggap perkembangan bahasa adalah sebahagian daripada proses perkembangan seseorang individu.

iii. Teori Linguistik

Teori linguistik merupakan teori bahasa yang menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak boleh menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan daripada persekitarannya. Definisi teori ini ialah membaca sebagai proses psikolinguistik yang memperlihatkan makna diperoleh melalui hubungan media linguistik. Membaca bukan sahaja proses mengatur huruf sehingga menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat, tetapi membaca sebenarnya adalah proses mendapatkan makna pada tahap dalaman.

3-BELAJAR MEMBACA


Kemahiran belajar membaca ini perlu dikuasai oleh belajar oleh kanak-kanak pada zaman moden ini pada tahap asas pada awal usianya. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku rajin belajar membaca menjadi mudah menguasai kemahiran membaca kerana pendedahan membaca yang mereka peroleh daripada ibu bapa atau penjaga.  Sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca bagi bahasa ibunda dan satu lagi bahasa kedua pada tahap usia mereka usia persekolahan.  Ketidakupayaan membaca akan mengakibatkan kanak-kanak mengakibatkan kanak-kanak ketinggalan dalam banyak kemahiran yang lain berbanding rakannya yang telah dapat menguasai kemahiran ini pada awal usia mereka.

       Pada peringkat awal kanak-kanak biasanya didedahkan dengan kaedah Behavioristic. Kaedah Behavioristic merupakan kaedah bacaan yang bersifat menghafal. Mereka diajar menghafal huruf A hingga Z. Seterusnya, kanak-kanak mampu mengetahui huruf serta membunyikan dengan intonasi yang tepat. Kaedah atau cara yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak belajar membaca perlu supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah. Antara kaedah membaca seperti kaedah fonetik, kaedah abjad, kaedah pandang sebut dan kaedah SQ3R.

a. Kaedah fonetik iaitu kaedah memperkenalkan bunyi secara sistematik dan sesuai diajar kepada kanak-kanak. Kaedah ini memperkenalkan membaca dengan membunyikan sesuatu perkataan dan huruf. Dari segi psikologi, otak manusia membaca dengan membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membunyikan huruf tersebut. Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul. 

b. Seterusnya, kaedah abjad juga sangat sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca.  Kaedah ini dikenali sebagai kaedah huruf dan kaedah yang tertua pernah dilakukan semenjak Kerajaan Greek dan Rom. kaedah ini biasanya tertumpu pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata, dan aktiviti mengeja. 

c. Kaedah pandang sebut juga merupakan salah cara belajar membaca yang berkesan. Kaedah ini digunakan oleh guru dalam mengajar murid untuk membaca dengan cara murid tersebut melihat dan menyebut sesuatu bahan bacaan. Kaedah ini dijadikan asas untuk  mengajar murid-murid bagi memperkenalkan perkataan kepada murid dan bukannya huruf atau suku kata (Azwan Wan Chik, 1993). 

d. Kaedah SQ3R digunakan dalam belajar membaca. Tujuan kaedah ini supaya bahan bacaan dibaca sentiasa diingati. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Francis P. Robinson pada tahun 1941 dan kini menjadi antara kaedah membaca yang popular. Kaedah ini mempunyai lima langkah, iaitu Survey, Question, Read, Recite, dan Review.  Sebelum membaca, pembaca perlu teliti mengenai survey bacaan untuk mendapatkan gagasan umum tentang apa yang akan di baca nanti. Pada peringkat ini, pembacaan dilakukan dalam beberapa minit tetapi secara sistematik dan mencari idea-idea penting. Pembacaan peringkat survey boleh dilakukan dengan memerhatikan tajuk buku, nama penulis dan tahun penerbitannya.


4- MASALAH DALAM MEMBACA

FAKTOR DALAMAN 

Faktor fizikal

Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negative terhadap kebolehan membaca tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah :

1-Penglihatan

i-Juling – menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Ini akan mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
ii-Rabun dekat – (myopia) tidak dapat melihat bagi jarak yang jauh.
iii-Rabun jauh- tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
iv-Astigmatism – penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
v-Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak samapi ke otak.
       
Kesemua simton ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini sukar untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendekod.

2-Persepsi Penglihatan – pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah :

i. Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, seperti music menjadi msuki.
ii. Huruf atau perkataan menjadi terbalik- seperti contoh b menjadi d atau perkataan bas menjadi das.
iii. Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
iv. Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
v. Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata.
           
Kesemua masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya agar kanak-kanak yang bermasalah dapat diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan memperbetulkan aspek penglihtan kerana inilah kebanyakan punca tidak berkeupayaan membaca semula.

3-Pendengaran (auditori)

Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca. Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan vokal e, u dengan o dan i dengan e. Kemcatan sementara boleh di rawat dengan mendapatkan rawatan doctor perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga atau mengambil antibiotik tetapi kerencatan yang kekal perlu kepada rawatan pakar sama ada rawatan jangka panjang atau memerlukan pembedahan. Guru pemulihan tidak dapat melakukan kedua-dua jenis rawatan ini. Hanya doctor perubatan dan pakar telinga, hidung dan tekak (ear, nose and throat-ENT) sahaja yang boleh melakukannya.

4-Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik dan sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun demikian tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun kesannnya ialah kesan tidak langsung, iaitu kesan psikologikal.

5-Faktor Neurologikal
Neurologi ialah kajian yang berkait system saraf manusia termasuklah system dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai dan bahagian organ reseptor. Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi berkait dengan masalah kesihatan yang diakibatkan jangkitan kuman atau prakelahiran.

Kerosakan otak
Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksit yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga bolerh terjadi sejak dilahirkan (pre-natal neurological disorder). Ini semua akan menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC) tetapi tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.
Neurologi Tidak Berfungsi
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa boleh juga diakibatkan oleh serangan sakit jantung.
Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. Simpton ini juga boleh menyebabkan masalah tidak berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.
6-Faktor Keturunan
Ada kajian yang mengatakan keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contoh kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identifical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang bersala daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.
            Namun demikian pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak. Oleh itu, beberapa perkara yang penting dalam keluarga ialah bagaimana ahli keluarga menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan model bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
7-Faktor Emosi
Kerapnya bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan menggangu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal dan sebagainya. Namun demikian ada juga kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi yang menggangu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca khasnya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertekan juga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.

FAKTOR DALAMAN
1-Faktor Sosio-ekonomi
Status sosio-ekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pembolehubah dalam kajian yang berkaitan pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak dari SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca.
Walau apapun punca masalah tidak berkeupayaan membaca, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Tindakan awal dapat diambil bagi membantu kanak-kanak ini agar mereka tidak terus tercicir dalam sistem pendidikan kita yang berasaskan umur akal, kerana jika kanak-kanak ini tidak dibantu dari awal kemungkinan untuk mereka berjaya pada tahap yang lebih tinggi adalah tipis bagi kelayakan kes. Guru literasi Bahasa Melayu yang biasa tidak akan dapat membantu kerana mereka tidak dilatih untuk memperbetulkan banyak keadaan yang dibincangkan di atas. Hanya pakar perubatan, pakar psikologi dan pakar kanak-kanak sahaja yang dapat memberikan rawatan yang sewajarnya bagi memperbetulkan kebanyakan masalah di atas. Tambahan teknik mengajar yang salah akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk dan tidak membantu langsung situasi yang dibincangkan.
2-Faktor Instruksional
Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menentukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan pelajar. Berdasarkan banyak kajian yang dilakukan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran amat mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan pelajar menguasai sesuatu kemahiran membaca pada pelbagai tahap yang berbeza.
3-Faktor Motivasi
Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya. Galakan dan dorongan membaca yang datang dari pihak luar, seperti dari pihak sekolah dengan mengadakan pelbagai program membaca amat berkesan dalam memberikan semangat yang positif dalam kalangan pelajar bagi menguasai kemahiran membaca. Program membaca perlu dilaksanakan bagi kanak-kanak yang berbeza keupayaannya.
4-Faktor Genetik
Perbezaan perkembangan otak seseorang manusia yang berkaitan dengan pembelajaran pemikiran kadang kala sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah dikenalpasti pada kromoson 6 dan 15 (Kibby & Hynd, 2001). Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran yang dipunyai oleh ibu bapa waktu mereka bersekolah.




5- PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Pemilihan bahan bacaan yang mudah difahami oleh pembaca merupakan alat pengajaran yang paling berkesan terutama jika bertujuan untuk pendidikan. Oleh itu, pemilihan bahan bacaan yang baik dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti reka bentuk tulisan, ilustrasi dan warna, perbendaharaan kata, konsep yang sukar, ayat, dan organisasi teks. 

1.Faktor tulisan yang jelas.
ü  Faktor ini mengambil kira saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf , jarang antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan pelbagai lagi.
ü  Semua ini, didapati boleh mempengaruhi kebolehbacaan bahan kerana jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza.

2.Faktor ilustrasi dan warna. 
ü  Faktor ini membantu meningkatkan atau mengurangkan minat pembaca kepada sesuatu teks bergantung kepada persembahan dan penggunaannya dalam bacaan.
ü  Kajian menunjukkan kanak-kanak amat meminati bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi sekaligus memudahkan mereka membaca bahan tersebut kerana adanya faktor minat di situ.
ü  Kajian oleh Andrews & Scharff (2002) menunjukkan murid-murid pra sekolah lebih meminat buku yang bergambar terang dan realistik berbanding buku-buku yang mengandungi gambar-gambar terang dan abstrak, suram dan realistik serta suram dan abstrak. Kajian mereka ini telah membuktikan bahawa jenis ilustrasi yang digunakan dalam bahan bacaan memberi kesan kepada pembacanya.

3. Faktor perbendaharaan kata. 
ü  Faktor ini paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan.
ü  Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk mengukur kesukaran teks melalui faktor ini iaitu dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan.
ü  Perkataan yang panjang merupakan perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana lebih mudah dikenali dan difahami. 

4.      Faktor ayat
ü  Jika struktur ayat adalah kompleks, pemahaman terhadap petikan akan menjadi sedikit sukar.
ü  Kajian menunjukkan penggunaan perkataan penerangan yang berlebihan seperti perkataan lebih suka, lebih kurang, sedikit, dan beberapa menyebabkan kefahaman teks menurun.
ü  Manakala, penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya, boleh jadi dan kadang kala  menyebabkan kekaburan dan ketidakjelasan teks yang dibaca.
ü  Kesukaran ayat boleh dikategorikan kepada lima iaitu:
              a.       Kata kerja berbanding kata kerja pasif,
              b.      Proses membentuk kata nama,
              c.       Kata kerja bantu,
              d.      Bilangan klausa dalam ayat; dan 
              e.       Pemahaman dan pengantian.

5.      Faktor susunan teks. 
ü  Faktor ini berkait rapat dengan bagaimana sesuatu teks dipersembahkan.
ü  Susunan teks mengambil kira perkara-perkara seperti perenggan, tajuk-tajuk kecil, penggunaan perkataan yang digariskan, dicondongkan dan yang ditebalkan.

ü  Perkara-perkara ini digunakan untuk menjadikan sesebuah teks itu lebih mudah difahami.